Perkhidmatan Membina Web Blog Perniagaan Anda


Nak Jual Produk di Internet / secara Online?

Anda Pasti Gagal Jika Anda Tiada Laman Web Yang Memperkenalkan Produk Anda...






Salam sejahtera semua... Rata-rata orang baru yang ingin terjun ke dalam bidang pemasaran ataupun jualan internet / online sering gagal untuk memasarkan ataupun menjual produk mereka Anda juga seringkali buntu memikirkan cara bagaimana lagi untuk menghebahkan maklumat produk atau perniagaan dan sekaligus menjual produk anda kepada pelanggan.

Adakah semua perkara ini bermain didalam fikiran anda?
  • Nak buat bisnes online tapi takde modal yang besar
  • Hanya nak buat bisnes sambilan dan cari sikit extra income
  • Nak beli hosting mahal-mahal rasa tak berbaloi lah pulak
  • Buat website sendiri? Siang-siang dah surrender sebab bab IT ni kureng sikit
  • Kalau bab IT OK tapi masa dan kreativiti lak takde
Masa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda inginkan sebuah laman web jualan di blogspot yang sempoi dan mudah diuruskan sendiri serta mampu mencuri hati pelanggan? 
Hampir kesemua produk yang dijual di internet mempunyai laman web jualan sendiri.  Tak semestinya barang yang anda jual itu mahal baru sibuk-sibuk nak buat laman web. Barang yang murah sekalipun hatta selipar jepun pun boleh dijual secara onlime dan memiliki laman web sendiri.
Maka dengan sebab itulah saya menawarkan perkhidmatan membina laman web jualan anda  sendiri dengan menggunakan BLOGSPOT yang setanding dengan yang berbayar. Worldbiz web blog  merupakan medium pemasaran yang boleh diharapkan kerana ianya lengkap, nampak profesional, mempunyai variasi produk dan yang penting ianya amat mudah diselia oleh anda sendiri.  Apa yang penting?  Mereka baca, mereka faham dan mereka beli.
 
Kelebihan menggunakan blogspot
  • Hosting percuma... Jimat wang anda.
  • Server yang stabil dan jarang sangat bermasalah
  • Mudah untuk anda uruskan sendiri walaupun tak berapa nak IT sangat
  • Oleh kerana Blogspot adalah milik Google, maka ianya mudah dicari dan tersenarai dalam enjin carian Google.
Bagi anda yang belum berkemampuan untuk membeli hosting atau memiliki domain dot com sendiri , inilah peluang keemasan dan cara paling mudah serta murah untuk anda mempromosikan produk jualan anda.

Anda perlu memiliki Worldbiz Web Blog ini kerana...


  • sebuah web jualan yang menarik dan kemas pasti akan menaikkan kredibliti anda sebagai seorang penjual yang dipercayai.
  • rekabentuk web blog yang sesuai untuk menjual sebarang produk.
  • boleh terus memulakan promosi anda serta merta, di mana web blog ini akan menjadi mesin penjana pendapatan internet anda.
  • tidak perlu lagi ber’YM’ atau ber"Facebook" sepanjang hari untuk memberi penerangan kepada pelanggan anda kerana web blog anda sudah sedia untuk melakukannya bagi pihak anda.
  • tidak perlu lagi menghantar post dengan kerap di wall Facebook dan berulang kali bercerita tentang produk yang anda jual, hanya promosikan web blog anda sahaja.
  • web blog ini pasti akan memudahkan anda dan mengubah cara pemasaran dan penjualan anda selepas ini. Insyaallah....

Worldbiz Web Blog Lengkap anda mengandungi 4 laman...
  • Laman Utama - pengenalan perniagaan / produk anda
  • Produk Jualan - keterangan dan gambar produk
  • Hubungi Kami - alamat, email dan no telefon untuk dihubungi
  • Borang - borang maklumat pelanggan, borang pesanan dan pengesahan pembayaran
 Apa lagi kelebihan Worldbiz Web Blog?
  •  Siap dalam masa 3 hari bekerja... Insyaallah...
  • Anda akan menerima semua borang yang dihantarkan ke email anda. 
  • Web Blog anda disertakan sekali dengan beberapa widget percuma.
  • Anda akan menikmati harga istimewa / caj serendah RM5 bagi setiap kerja ubahsuai penambahbaikan / perubahan web blog yang anda inginkan di masa hadapan.
Apa Yang Saya Mahukan Daripada Anda?
  • Emailkan kesemua perkara berikut : mcw.mus@gmail.com
  • Alamat email perniagaan anda yg sah / lengkap atau saya akan wujudkan satu email baru perniagaan anda.
  • Keterangan produk yang lengkap - ditaip dengan kemas / teratur ( tidak akan disunting )
  • Gambar Produk - Jelas dan terang
  • Butiran anda yang jelas - no. telefon, email, alamat perniagaan, lokasi dan apa jua yang anda fikir perlu untuk melariskan produk jualan anda
  • Tambahan / cadangan yang bernas yang anda fikirkan perlu... insyaalah akan diterima... dan
  •  Pastinya bayaran telah dijelaskan sepenuhnya... Alhamdulillah....